"Pukul 8.30 pagi ni 'killer' paper menanti aku. Parok ginih ! Macam tak ready doh !", gumam sendirian. Soifi (musim panas) ni biasalah exam berduyun-duyun menanti. Semester pendek yang harus dipadatkan segala macam kuliah, kuiz dan peperiksaan. Bayangkan kuliah 4 bulan dirangkumkan dalam dua bulan. Ahh mati akal aku. "Study biar dari awal sem, karang nak exam dah takpayah kelam kabut" nasihat member terngiang-ngiang dalam kepala otak.
Tapi bukan sebab aku tak ready awal-awal, cuma memang subjek tu yang susah. Senior ramai repeat paper kot. Tiap malam aku study, kayuh pelan-pelan sebab aku ni slow learner. Sebab aku berpegang dengan quote "Slowly but surely". Biar aku lambat, tapi pasti dapat. Quote tu aku rembat time kerja Score A dulu. Amat bermakna, amat bermotivasi. Cuma ada yang merunsingkan aku.
Kalau tak lepas paper ni, confirm muaddal (pointer) jatuh. Kalau muaddal jatuh, ahh kena inzar lah aku jawabnya. Gila kau nak kena inzar. Tak mahu aku. Sem soifi ni adalah peluang untuk warga jamiah meningkatkan muaddal mereka ke paras yang lebih selesa. Ambil pengajaran sem lepas yang merupakan memori hitam warga Malizi. "Anta la tadrus, la tanjah", "Awak tak belajar, awak takkan berjaya", kata-kata Dr. 'Ala seringkali menyeramkan.
Dalam dewan exam. Depan ada Pak Arab. Belakang Pak Arab jugak. Kiri dinding. Kanan Malizi. Ahh lega hati aku. Biasanya kalau kiri kanan aku duduk dengan Pak Arab, suasana cuit mencuit, jawapan atas tangan, buku nota bawah peha aku biasa tengok. "Tiru !! Kuangja betul Arab nih !", aku marah dalam hati je. Tak mampu nak tegur. Ahh berdosanya rasa bersubahat. Apakan daya "Selemah iman adalah mencegah kemungkaran menggunakan hati." Hanya mampu berdoa mereka insaf.
Tapi bukan semua Arab Urdun begitu, tapi ! Kebanyakkan yang aku jumpa begitulah perangainya. Baik kuliah syariah mahupun kuliah lain. Patutlah markah hebat bila meniru. Tapi aku dipesan oleh cikgu, "Jangan meniru. Awak tahu tak apa kesannya dalam hidup? Awak dapat 10A+, tapi awak tiada keberkatan. Bila awak kerja, awak guna sijil tu. Awak dapat gaji, awak bagi anak isteri awak makan. Awak bagi mak ayah awak duit tiap bulan. Awak bersedekah tiap-tiap hari. Tapi permulaan awak adalah meniru. Awak rasa Allah nak terima tak amalan awak?", aku membuat wajah insaf ketika itu.
Sekarang wajib dalam kepala meniru bukan suatu solusi. "Hasil bergantung pada usaha" atau "Man jadda wajada" itu suatu keadilan. Diri sendiri boleh nilai usaha sendiri. Hati tetap yakin Allah membantu. "Apa yang perlu korang ada adalah minda yang positif. Positif penting." - Ustat Rukers
Bagi aku markah ala kadar itu lebih menggembirakan hati daripada markah tinggi hasil meniru. Gembira dengan hasil usaha sendiri, kalau rendah ada keyakinan untuk tidak menyerah, kalau tinggi puas hati. Ahh tak perlu bergantung pada manusia, kalau hidup ada Allah. Tidak meniru lebih baik bukan? -soalan
94. Ash-Syarh
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Nota exam: Doakan aku soifi ni Mumtaz !

1 comment:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment