Anda rasa saya bagus?

Tekan saje ..

Saturday, December 8, 2012

Tambah Kurang

Sudah lama tidak bertahta di blog sendiri. Rasa macam bermimpi ku hadir menaip disini. Tempat kencing berak bersama dulu. Ahh lagi mau tanya kenapa lama tak post entri. Jawapan skema, busy. Banyak lagi masalah dunia aku perlu settlekan, disamping amalan akhirat yang wajib ditunaikan. Sigh.

Tujuan blog ni tertubuh pun aku dah lupa. Jadi aku rasa kali ni kita sembang-sembang jela. Memang seronok pun sembang sorang-sorang kannn. Haha

Dah baca tajuk entri? Gaya macam nak masak tomyam je. Tambah kurang. Tambah la garam ke gula bagi cukup rasa, kurangkan gula kalau hang rasa nak mampuih makan tomyam manis. Kahkahkah *maaf gelak sakan*

Jadi sebelum masuk ke perenggan pertama, aku nak bgtau ni bukan ceramah agama yang perlukan permit. Percuma untuk dibaca, dua ringgit aku caj kalau nak kritik. Sebab apa? Sebab ni blog aku. Jadi dengan sukacitanya aku meletakkan peraturan sendiri.

Tambah kurang ni sebenarnya aku nak cerita pasal iman je. Iman kadang bertambah, kadang berkurang. Aku rasa diri sendiri lagi arif pasal benda ni. Orang lain bukan boleh tau pun iman kau cmne, dan kau pun bukan tau iman aku cmne. Secara melankolik nya, aku pernah mengalami keadaan ketandusan iman yang tragis. Kita tengok orang lain, yallah macam malaikat mereka beramal. Tengok diri sendiri, bagai langit dengan bumi. Ketika tu, hati ni meronta-ronta mahu jadi seperti mereka. Syukur masih ada iman sebenarnya.

Amat malanglah kalau hanya sekadar melihat, tanpa punya rasa apa-apa. Ibarat cendol pulut yang sedap depan mata, hanya sekadar melihat dan menjuihh bibir. Ahaha ruginyaa.
Kalau nak jadi baik, bandingkan diri dengan orang lebih ‘alim dari kita, baru rasa diri tu tak bongkak. Kalau takat bandingkan diri dengan orang yang ma’asi (baca: maksiat), memanglah rasa diri kembang penuh kebaikan.

Masih ingatkah anda point halawatul iman di buku teks sekolah menengah dulu? Aku sampai sekarang ingat apakah tanda-tanda kemanisan iman itu. Boleh rujuk buku semula, takkan la aku nak listkan pulak. Hehe

Sebenarnya nak pesan satu je

“Bila orang nak berubah, jangan kau hentam dia kau perli dia, nanti silap hari bulan jadi tok syeh orang tu baru kau tau.”

Kbye ��


Thursday, July 12, 2012

Perlahan yang Dipastikan.



"Pukul 8.30 pagi ni 'killer' paper menanti aku. Parok ginih ! Macam tak ready doh !", gumam sendirian. Soifi (musim panas) ni biasalah exam berduyun-duyun menanti. Semester pendek yang harus dipadatkan segala macam kuliah, kuiz dan peperiksaan. Bayangkan kuliah 4 bulan dirangkumkan dalam dua bulan. Ahh mati akal aku. "Study biar dari awal sem, karang nak exam dah takpayah kelam kabut" nasihat member terngiang-ngiang dalam kepala otak.

Tapi bukan sebab aku tak ready awal-awal, cuma memang subjek tu yang susah. Senior ramai repeat paper kot. Tiap malam aku study, kayuh pelan-pelan sebab aku ni slow learner. Sebab aku berpegang dengan quote "Slowly but surely". Biar aku lambat, tapi pasti dapat. Quote tu aku rembat time kerja Score A dulu. Amat bermakna, amat bermotivasi. Cuma ada yang merunsingkan aku.

Kalau tak lepas paper ni, confirm muaddal (pointer) jatuh. Kalau muaddal jatuh, ahh kena inzar lah aku jawabnya. Gila kau nak kena inzar. Tak mahu aku. Sem soifi ni adalah peluang untuk warga jamiah meningkatkan muaddal mereka ke paras yang lebih selesa. Ambil pengajaran sem lepas yang merupakan memori hitam warga Malizi. "Anta la tadrus, la tanjah", "Awak tak belajar, awak takkan berjaya", kata-kata Dr. 'Ala seringkali menyeramkan.

Dalam dewan exam. Depan ada Pak Arab. Belakang Pak Arab jugak. Kiri dinding. Kanan Malizi. Ahh lega hati aku. Biasanya kalau kiri kanan aku duduk dengan Pak Arab, suasana cuit mencuit, jawapan atas tangan, buku nota bawah peha aku biasa tengok. "Tiru !! Kuangja betul Arab nih !", aku marah dalam hati je. Tak mampu nak tegur. Ahh berdosanya rasa bersubahat. Apakan daya "Selemah iman adalah mencegah kemungkaran menggunakan hati." Hanya mampu berdoa mereka insaf.

Tapi bukan semua Arab Urdun begitu, tapi ! Kebanyakkan yang aku jumpa begitulah perangainya. Baik kuliah syariah mahupun kuliah lain. Patutlah markah hebat bila meniru. Tapi aku dipesan oleh cikgu, "Jangan meniru. Awak tahu tak apa kesannya dalam hidup? Awak dapat 10A+, tapi awak tiada keberkatan. Bila awak kerja, awak guna sijil tu. Awak dapat gaji, awak bagi anak isteri awak makan. Awak bagi mak ayah awak duit tiap bulan. Awak bersedekah tiap-tiap hari. Tapi permulaan awak adalah meniru. Awak rasa Allah nak terima tak amalan awak?", aku membuat wajah insaf ketika itu.

Sekarang wajib dalam kepala meniru bukan suatu solusi. "Hasil bergantung pada usaha" atau "Man jadda wajada" itu suatu keadilan. Diri sendiri boleh nilai usaha sendiri. Hati tetap yakin Allah membantu. "Apa yang perlu korang ada adalah minda yang positif. Positif penting." - Ustat Rukers

Bagi aku markah ala kadar itu lebih menggembirakan hati daripada markah tinggi hasil meniru. Gembira dengan hasil usaha sendiri, kalau rendah ada keyakinan untuk tidak menyerah, kalau tinggi puas hati. Ahh tak perlu bergantung pada manusia, kalau hidup ada Allah. Tidak meniru lebih baik bukan? -soalan


94. Ash-Syarh


[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



Nota exam: Doakan aku soifi ni Mumtaz !


Wednesday, July 11, 2012

Sebuah pesanan.


"Kosong kosong kosongggg...", suara Najwa Latep di youtube menerjah telinga aku. Best jugak bila dengar sekali dua. Masuk kali ketiga aku dah pikir lain. Kenapa pulak aku yang rasa kosong. Hidup seakan nampak complete, gembira dengan bulatan tah pape sampai lupa hati ni kadang-kadang kosong. Bak kata ustaz, "Hati  ni kena bagi makan jugak, bukan perut je. Banyakkan zikir selawat.". 

"Awak pernah rasa kosong?", aku bertanya. Dia menjawab pernah dan kenapa aku bertanya. "Kalau awak rasa kosong awak buat apa?", soalan das kedua menerjah sedangkan aku tahu jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah muhasabah. Hari-hari buat muhasabah, tapi biasalah manusia "insaf sesaat, leka bertahun". Yang kosong bukan hati saje, idea pun kosong sama. Dia suruh cari erti hidup. "Apa erti hidup awak, Mior? Ahh aku pun susah nak menjawab. Kalau ikut jawapan skema buku teks pasti jawapannya seperti "Nak berjaya dunia akhirat"

Selalu je set nak itu ini. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Legend je peribahasa tu, tapi macam pisang goreng. Awal je panas, lama nanti sejuk dan keras. Beribu alasan hadir maka dengan tidak semena-mena beribu sesalan ikut serta. "Mana lagi best? Ibadah ramai-ramai ke sorang-sorang?", aku lari tajuk lain. Dia kata bergantung juga pada keadaan, ada masa lebih selesa ramai-ramai, ada masa elok berseorangan. Tapi kalau nak buat kebaikan elok lah beramai-ramai, "Takkan nak dapat pahala sorang je kot".

Okay. Jawapan mantap. "Macam mana kalau kita rasa dalam keramaian itu macam takde privacy. Tak berapa nak feel la ibadah tu", soalan lagi aku tanya. Dia tarik nafas aku tahu. "Ustazah tasmi' ana ada pernah bgtau, kita kena ada satu ibadah khusus yang orang lain tak buat. Maksudnya kita buat sorang-sorang la, special untuk diri kita". Ahh betul jugak tu. Kenapa aku tak fikir dari dulu. 

Nak taknak kena tanya diri sendiri dulu. Orang lain dah pesan berbuih-buih mulut tapi empunya diri kena buat sesuatu. Harap ada lagi pesanan berharga macam ni. 

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

baca (ana : saya)


Nota hati : Dia memang baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hoho